App SenangKira - Kira Sebelum Bayar (untuk elak tak cukup duit)
Nak guna MySARA? Bimbang nak beli barang tapi takut terlebih bajet?
Dengan app SenangKira, anda tahu total harga semua barang sebelum bayar. Tak perlu lagi teragak-agak atau terkejut di kaunter.
Macamana Nak Guna?
Masukkan harga barang yang nak dibeli
Tekan butang + atau butang Tambah untuk masukkan harga barang anda.
Dialog box untuk anda taipkan harga barang
Bila anda tekan butang Tambah, harga barang akan auto masuk dalam list.
Paling function, anda boleh imbas gambar tag harga
Tak perlu menaip! Gunakan fungsi Imbas untuk masukkan harga terus ke dalam list menggunakan kamera anda. (Maaf kerana gambar tak clear, nak cepat)
Total harga dan senarai barang kini dalam list
Total harga di kotak besar atas sekali. Tekan + atau - untuk tambah atau kurangkan kuantiti. Slide ke kiri untuk padam barang dari list
Tetapkan bajet jika perlu
Tetapkan bajet sebelum membeli dan lihat baki dikemas kini secara automatik setiap kali anda menambah harga barang.
Kenapa kena guna app SenangKira?
- heart_checkSistem yang sangat simple, senang untuk mak ayah nak guna
- heart_checkInterface yang sangat simple, tak complicated
- heart_checkPercuma untuk digunakan. Ada iklan kecil sahaja, boleh buang dengan hanya RM1.90
- heart_checkBuatan tempatan, app dalam Bahasa Melayu tapi boleh tukar ke Bahasa Inggeris
Privacy Policy – SenangKira
Effective Date: 2025
SenangKira menghormati dan melindungi privasi pengguna. Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana maklumat pengguna dikendalikan semasa menggunakan aplikasi SenangKira.
1. Maklumat yang Dikumpul
SenangKira tidak mengumpul maklumat peribadi yang boleh mengenal pasti pengguna, seperti nama, alamat, atau maklumat hubungan. Sebarang data yang dimasukkan oleh pengguna (contohnya harga barang, bajet, atau senarai pembelian) disimpan hanya untuk tujuan fungsi aplikasi.
2. Penggunaan Maklumat
Maklumat yang digunakan dalam aplikasi adalah semata-mata untuk:
- Mengira jumlah harga barang
- Mengira baki bajet pengguna
- Memberikan pengalaman penggunaan aplikasi yang lebih baik
3. Perkongsian Data
SenangKira tidak menjual, menyewa, atau berkongsi data pengguna dengan pihak ketiga.
4. Keselamatan Data
Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi data pengguna dan memastikan ia digunakan hanya dalam konteks aplikasi.
5. Pembelian Dalam Aplikasi
Jika aplikasi menawarkan pembelian dalam aplikasi, sebarang transaksi dikendalikan sepenuhnya oleh platform rasmi (Apple App Store). SenangKira tidak menyimpan maklumat pembayaran pengguna.
6. Perubahan Polisi
Polisi Privasi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan dalam versi terkini aplikasi atau laman web rasmi.
7. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan privasi, sila hubungi kami di: mysmolapps@gmail.com
Hubungi Kami
Masukkan maklumat anda dan kami akan hubungi anda semula.